Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

 

Adakah akan batal puasa dengan berbekam?

 

Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

 

Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi  Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa.

 

Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?”  Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.

 

Keterangan dari Anas r.a ini sangat jelas menunjukkan bahawa berbekam dimakruhkan bagi orang yang berpuasa apabila perkara itu menyebabkan kelemahan fizikalnya.Adapun bula perkara itu menyebabkannya tidak kuat berpuasa,sehingga dia berbuka maka diharamkan.Adapun jika orang yang berpuasa tidak membatalkan puasanya kerana berbekam dan tidak membuatnya lemah untuk menyempurnakan puasanya,maka tidak mengapa.

 

 

Toksid Dan Cara Singkirkannya

Tahukah anda yang tubuh badan anda banyak toksid??? Jawapannya ya, setiap orang ada toksid dalam tubuh badan.

Toksid terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksid setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksid ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Bagaimana untuk membuang toksid dengan lebih berkesan???

Jawapannya ialah kaedah bekam kerana bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Jika darah kotor ini dibiarkan dan berada lama didalam badan manusia ia akan mengundang pelbagai penyakit kronik pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.

Rawatlah Senggugut Anda

Bagi kaum wanita ,anda disyorkan menjalani rawatan bekam secara konsisten sebulan sekali untuk mengatasi masalah sengugut,kaedah berbekam mampu melancarkan aliran darah seluruh badan dan memudahkan proses keluar darah haid tanpa tersekat-sekat.

Selain itu anda juga disarankan mengambil makanan sunnah iaiatu Kapsul Baraka Habbatus Sawda 3 sehari dan minum madu untuk kesembuhan yang maksimum.

 

Sebarang temujanji rawatan sila hubungi Pn AINI 019-2608092/0192957929 @ cik FINA 013-3159752

Merawat Asma Dan Lelah


Bagi anda yang menderita penyakit asma,rawatan bekam merupakan satu 
rawatan alternatif kepada penyakit anda.Bekam akan melapangkan dada dan 
paru-paru anda ,membuang darah kotor dan membolehkan oksigen sampai 
kepada paru-paru dengan berkesan.

Titik bekam pesakit asma dilakukan dibahagian dada,belakang,bahu dan 
pinggang.Ada dikalangan pesakit asma yang datang berbekam merasa sangat 
lega dan boleh tidur dengan lena selepas menerima rawatan bekam.
Cubalah rawatan ini dan insyallah anda sembuh dengan rawatan yang konsisten.

Temujanji hubungi Pn Aini 019-2608092/019-2957929

Kebaikan Berbekam

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.