Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

Adakah akan batal puasa dengan berbekam?

 Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

 Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi  Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa.

 Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?”  Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.

 Keterangan dari Anas r.a ini sangat jelas menunjukkan bahawa berbekam dimakruhkan bagi orang yang berpuasa apabila perkara itu menyebabkan kelemahan fizikalnya.Adapun bula perkara itu menyebabkannya tidak kuat berpuasa,sehingga dia berbuka maka diharamkan.Adapun jika orang yang berpuasa tidak membatalkan puasanya kerana berbekam dan tidak membuatnya lemah untuk menyempurnakan puasanya,maka tidak mengapa.

Perlunya Wanita Berbekam

Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan tidak perlu kerap mendapatkan rawatan bekam .Ini adalah kerana mereka sudah membuang darah kotor melalui haid.Tafsiran ini adalah tidak tepaat kerana wanita juga mempunyai darah kotor yang terkumpul dibawah permukaan kulit.Darah kotor ini adalah hasil daripada pemakanan harian kita dimana tidak semua makanan diserap menjadi zat.Sebaliknya ada juga hasil pemakanan kita yang dikumuhkan menjadi air kencing,peluh dan juga darah .

Apa terjadi jika darah kotor tidak dibuang???

Darah kotor yang terkumpul dibawah permukaan kulit ini berkemungkinan masuk kedalam salur darah utama dan mengalir keorgan-organ penting tubuh dan seterusnya mendatangkan penyakit.Oleh itu walaupun anda tidak berpenyakit ,bekam adalah penting untuk dilakukan setiap bulan sebagai kaedah pencegahan.Akan tetapi pesakit darah rendah tidak digalakkan berbekam dengan kerap.

Hubungi FINA 0133159752 untuk temujanji