Hukum Berbekam Ketika Berpuasa

Adakah akan batal puasa dengan berbekam? Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa. Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa. Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?” Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.