Berbekam Ketika Berpuasa

Adakah akan batal puasa dengan berbekam? Al-hafizh dalam Al -Fath mengatakan”Jumhur ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam”.Al-hafizh juga menyebutkan bahawa Ummul Mukminin,Ummu Salamah juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa. Dalam Shahihu Al-Bukhari juga disebutkan riwayat dari Sa’d bin Abi Waqqash dan Zaid bin Arqam bahawa mereka pernah berbekam sedangkan mereka berpuasa. Selanjutnya Anas,maula Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Thabit Al-Bannani: “Apakah kamu memakruhkan bekam ketika berpuasa?” Dalam riwayat lain,”…pada masa Rasulullah?”Maka Anas menjawab :”Tidak.Kecuali kerana menyebabkan badan lemah”.

Published by

bekam

Saya adalah pembekam wanita dan telah menjalankan pengubatan bekam selama 2 tahun.mempelajari kaedah pengubatan bekam dari Dr Ibrahim di AlJAWAD cheras.Dahulu saya pernah mengalami masalah penyakit sihir dan sengugut yang teruk.Alhamdulillah dengan mengamalkan rawatan bekam yang konsisten kini saya sihat dan ingin membantu anda yang mengalami penyakit-penyakit .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *