Cara Mudah Masuk Ke Pusat Rawatan Kami

Kepada anda yang rasa susah nak masuk ke kawasan kondominium ,jangan risau kerana sebenarnya mudah saja nak ke pusat rawatan kami.Walaupun pusat rawatan kami di Kuala Lumpur terletak di tingkat bawah kondo tersebut ,anda hanya perlu beritahu security anda hendak pergi ke SPA.Insyallah urusan akan jadi sangat mudah.Kadang-kadang yang bernasib baik security siap hantar sampai depan pintu.

Jurubekam saya cik Fina akan membuat rawatan bekam untuk anda bagi cawangan KL dan saya hanya akan berada disana jika ada masa terluang.

Apa Yang Anda Rasa Selepas Bekam?…

Selepas berbekam anda akan rasa:

– badan lebih ringan

– sakit kepala lega

-kurang masalah angin dalam badan

-kurang rasa tegang di bahagian tengkuk

-hilang rasa kebas-kebas

– darah tinggi dan kolesterol akan turun

 

Tetapi bagi mereka yang ada gangguan anda akan rasa:

-sedikit pening

-kadang-kadang demam

-kadang-kadang nk muntah

-letih

-panas

*Jika anda ada gangguan dan mengalami masalah diatas selepas berbekam ,JANGAN RISAU kerana itu adalah hanya psikologi dari jin yang tidak mahu anda meneruskan rawatan.Ia jadi sedemikian disebabkan tapak jin dimusnahkan dan automatik ia akan menggangu pesakit dengan bermacam-macam rasa dan cara.

 

Dapatkan rawatan dan hubungi PN AINI 019-2608092 untuk temujanji rawatan

Masalah Kitaran Haid Tidak Teratur

Menurut sumber dari web healthy by nature , antara sebab-sebab haid tidak teratur adalah:-

  • Pertambahan atau penggurangan Berat badan yang mendadak
  • Terlebih bersenam
  • Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat)
  • merokok
  • penggunaan dadah
  • penggambilan kafein yang tinggi
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolima estrogen dan progesteron)
  • masalah dalam pemakanan (eating disorder)
  • tekanan yang meningkat
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • ubat-ubatan
  • kimoterapi
  • Baru-baru ini melahirkan anak, keguguran, atau D & C
  • Breastfeeding
APAKAH YANG BOLEH MEMBANTU?

Satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan. Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri. Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Makanan tambahan yang digariskan di bawah adalah beberapa supplemen yang memastikan badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan. Adalah lebih baik untuk menggambilnya dengan konsisten selama lebih dari 3 bulan kerana supplemen tidak bertindak dalam satu malam sahaja…

Multivitamin – Vitamin asas yang penting untuk semua. Pengambilan multivitamin akan memastikan diet harian anda adalah cukup dan lengkap.

Vitamin b complex- Untuk menangani kesan-kesan stress (yang mana salah satu penyebab haid yang tidak teratur), cuba amalkan vitamin b complex. Vitamin ini kerap dipanggil vitamin anti-stress kerana nutrisi ini digunakan oleh tubuh badan dalam memperbaiki kerosakan apabila dalam keadaan stress.

Magnesium – Mineral ini telah dikelaskan sebagai ‘penenang semulajadi’, jadi ia adalah penting dalam diet sesiapa yang mengalami haid yang tidak teratur. Malah, sesiapa sahaja yang sentiasa sibuk akan mendapat manfaat daripada tambahan magnesium. Tekanan sering faktor dalam ketidakteraturan haid, dan mineral ini dapat membantu dalam keseimbangan gaya hidup yang tertekan.

Antioksidan- antioksidan seperti vitamin A, C, E dan Sellenium membantu menghindarkan sel badan menjadi tidak normal. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai masalah endometrial hyperplasia (penebalan dinding rahim), adalah baik untuk mencegah sel ini berkembang. Pencegahan adalah dengan mengambil vitamin antioksidan

Selain kaedah dan cara diatas anda boleh melakukan rawatan bekam di bahagian tubuh badan bagi menstabilkan semula kitaran haid anda.Rawatan ini melibatkan 21 titik bekam .Insyallah haid anda akan lancar semula seperti sediakala..

Katakan Tidak Pada Stress

 

Setiap manusia di dunia ini pasti akan mengalami stress. Keadaan stress atau lebih dikenali sebagai tekanan perasaan sering muncul disebabkan oleh banyak hal.Antaranya adalah disebabkan oleh masalah pekerjaan, putus cinta, kewangan dan sebagainya.

Seseorang yang mengalami stress yang berlebihan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan jiwa atau boleh saja menjadi gila. Oleh yang demikian kita harus tahu bagaimana cara untuk menghilangkan stress dan tekanan yang kita hadapi agar tidak memberi impak buruk pada diri.

Berbekamlah bagi mengatasi masalah stress anda .Badan anda akan terasa lebih ringan dan masalah stress anda akan diatasi.