Kunci Kesembuhan..

1.Pemeliharaan kesihatan dan pengambilan makanan-makanan yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan seperti gizi,ubat dan makanan tambahan

2.Berusaha menghindari penularan penyakit,ertinya mencegah segala perkara yang membahayakan kesihatan

3.Pengeluaran unsur-unsur perosak yang ada didalam tubuh seperti mengeluarkan darah yang mengandungi campuran unsur-unsur penyakit

Cara Cepat Atasi Darah Tinggi

 

Bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi,anda disyorkan berbekam DUA MINGGU sekali.Kebaikan berbekam ialah boleh menurunkan tekanan darah tinggi kerana berbekam ini mengeluarkan toksid dari badan sekaligus melancarkan aliran darah pada sistem badan amnya.Penyakit darah tinggi agak berbahaya kerana jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit strok,buah pinggang dan serangan jantung.Amalkan berbekam secara konsisten,insyaAllah kita akan beroleh rahmat kerana mengamalkan ajaran sunnah Rasulullah SAW.

Penyembuh Gout

 

Bagi mereka diluarsana yang menghadapi masalah gout ,anda digalakkan berbekam setiap 2 MINGGU sekali.Gout berpunca daripada banyaknya asid uric yang terhasil dalam badan.Jika asid uric ini dibiarkan lama dalam tubuh badan ia akan boleh menyebabkan ada mendapat sakit arthritis.Insyallah dengan berbekam semua aid uric dapat disingkirkan dari tubuh badan anda..